Wellbeing Webinar NADI Care_ Tekanan dalam Lensa Psikologi Kenali Stres & Bina Daya Tahan Diri
8 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 07 Julai 2026, telah berlangsung Wellbeing Webinar NADI Care_ Tekanan dalam Lensa Psikologi Kenali Stres & Bina Daya Tahan Diri. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, peserta memahami mengenai stress dan bagamana badan kita menangani stress tersebut. Alvin Dan Wern Khang, Pakar Psikolog berkongsi ilmu bina daya tahan diri daripada stress. Dr Alvin berkongsi bahawa cara paling berkesan apabila stres adalah dengan berhenti sekejap dari melakukan kerja, kemudia ambil nafas dalam dalam beberapa minit dan mula menyusun kerja mengikut kepentingan. Selain itu, Dr Alvin menyarankan supaya kita melakukan kerja selama 20 minit sahaja dan berehat sekejap kemudian teruskan dalam 20 minit lagi.
Dengan adanya webinar seperti ini, ianya dapat membantu peserta menguruskan stres dengan baik. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: